CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, December 24, 2012

Tugasan 3: Access

Assalamualaikum.....

Last week kami telah bertungkus lumus menyiapkan access ni.....tp, Alhamdulillah setiap ahli kumpulan memberi kerjasama yang baik skali...senang untuk berbincang walaupun kami ni ada banyak tanggungjawab...ada yang ada anak terpaksa tinggalkan anak just utk ciapkan asemen ni....thanks jugak kat hubby cuz sudi hantar wife yang kiut ni pegi disscussiooon mlm2....n a big thanks to my group iaitu kak yu, kak ina, cici n coco(khairul).....tenkiu so much...:)so....check it outt:

Access:

Sunday, December 23, 2012

Anmum Materna

Assalamualaikum.....

Just nak share about susu ANMUM MATERNA.....susu ni sangat lah xsedap bagi yang xsuka minum susu mcm aku ni....siyes mmg xleh telan.....tp, demi baby dlm kandungan ku gighkan jua untuk habiskan 1 cawan....tp, susu ni mmg bgs tau...Antara khasiat susu ANMUM ni ialah ia mengandungi Probio  DR10 untuk Sistem Penghadaman Yang Baik dan Probiotik menyokong penyerapan Nutrien yang optimum. Probio DR10 adalah bifido bakterium laktis yang merupakan sejenis bakteria hidup yang membantu sistem penghadaman. Sistem penghadaman yang bagus adalah penting bagi ibu-ibu yang mengandung bagi penyerapan nutrien yang efektif dan lebih optimum. Selain itu, Preboitik(Inulin) juga membekalkan makanan bagi membantu pertumbuhan bayi di dalam kandungan. So, sape yang mengandung tue, boleh la try...guds 4 ur baby..:)


Saturday, December 22, 2012

HTML

Assalamualaikum.....

Today kami blajar pasal html....sangat enjoyyyz....contoh adalh seperti di bawah..:


<html>
<head>
<TITTLE>A Simple HTML Example</TITLE>
</head>
<body>
<H5>HTML is Easy To Learn</H5>
<P>Welcome to the world of HTML. This is the <b>first</b> paragraph. Now let's continue to the <i> second </i> paragraph.
<P>And this is the <u> second </u> paragraph.
</P>
<BODY BGCOLOR="yellow">
<UL>
<LI> APPLE
<LI> BANANAS
<LI> GRAPEFRUIT
</UL>

<OL>
<LI> APPLE
<LI> BANANAS
<LI> GRAPEFRUIT
</OL>

<A HREF= "http://www.fep.ukm.my">FEP</A>

<br><A HREF=mailto:masura@ftsm.ukm.my> Mail to Madam Masura</A>
<br>
<br><img src= "underara.jpg" Height=200 width=200>
<br>
<BR><TABLE BORDER=5>
<TR>
<TD>COUNTRY<T/D>
<TD>CAPITAL</TD>
<TR>
<TD>MALAYSIA</TD>
<TD>KUALA LUMPUR</TD>
</TR>
<TR>
<TD>CHINA</TD>
<TD>BEIJING</TD>
<TR>
</TR>
<TD>ENGLAND</TD>
<TD>LONDON</TD>
</TR>
</TABLE>

</body> </html>

Tuesday, December 18, 2012

Thursday, December 13, 2012

ZIKIR HARIAN


ASSALAMUALAIKUM


ZIKIR HARI JUMAAT
YA ALLAH … YA ALLAH … YA ALLAH
~ Allah akan memberi ketenangan hati bagi yang membacanya dan meras kelazatan zikrullah.



ZIKIR HARI SABTU
LAA ILA HA ILLALLAH

~Allah akan hampir kepada kita dan akan memberi segala kebaikan hamba yang memujinya.



ZIKIR HARI AHAD
YAAHAIIYU YAA QAIYYUUM


~ Memperolehi harta yang banyak dan berkat semasa hidup kita.



ZIKIR HARI ISNIN
LAA HAW LA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAA
HIL A’LI YIL A’ZIM



~ Allah memberi ganjaran pahala seperti Gunung Uhud dan Allah memberi kekuatan beribadah kepadanya.



ZIKIR HARI SELASA
ALLAH HUMMA SOLLI A’LA MUHAMMAD WA A’LAA
AALII MUHAMMAD




~ Mendapat rahmat Alalh dan mendapat syafaat Rasulullah di dunia dan di akhirat.



ZIKIR HARI RABU
AS TARG FIRULLAH HAL A’ZIM





~Setiap kali di baca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberikeampunan hambaNya.



ZIKIR HARI KHAMIS
SUBHA NALLAH HIL A’ZIMI WA BI HAMDIH
~ Diampunkan dosa kita walau sebanyak buih di laut atau pasir di bumi Allah.

Diari Hamil

Assalamualaikum....


Diari hamil ni sesuai untuk ibu-ibu mengandung like me...sedikit sebanyak pasal Diari Hamil ni adalh seperti berikut:

  • Panduan berguna bagi melancarkan aktiviti ibu semasa hamil dan menyediakan diri selepas proses bersalin
  • Memuatkan tips-tips yang berguna kepada suami dan bakal bapa untuk kesejahteraan isteri dan bayi
  • Mendedahkan panduan dan amalan yang sewajarnya sebagai seorang Muslim.
  • Dijadikan hadiah buat bayi yang bakal lahir supaya apabila telah dewasa si di juga dapat menghayati saat-saat manis dan pahit ibu mengandungkannya

Tenkiu hubby cuz hadiahkan Diari Hamil ni untuk isteri comelmu ini...winkk...:)

PAVLOVA

Assalamualaikum....

Hai...now updated pasal pavlova pulak....heheh....pavlova ni kalau sape yg xske manis2 tolong jauhi diri anda dari pavlova kerana pavlova sangat manis....hehehe...but, for me pavlova is sooooooo best...lidah aku la...lidah org lain mungkin lain dia punyer rase...idok gituw????yg paling best is yg kat tepi2...crispy sikit...skali masuk molott.....terbaek...hehhe...Alhamdulillah...dapat gak merasa pavlova ni....hubby pown suka....:)


Wednesday, December 12, 2012

Durian Creepe

Assalamualaikum....


Today i would like to talk about Doyan Creepe.....Situ sini sebuk duk criter pasal doyan creepe ni....dh rse dh...ok...sangat best kalau anda adalah seorang penggemar durian like me.....macam2 pesen durian creepe yang ada kat pasaran...baek yg kecik dan yang besar.....biasa nyerk 3-RM10....or 6-RM 10...yang bezanya adalah saiz nya...tapi rse nk telan cepat2 beli la yang kecik...agak2 nk feeling lebih beli la yang besar gedabak...heheh...




BABY

Assalamualaikum....

Just nak share pic baby yang kiut miut ini....ohh.....sangat comel okey.....


hehhe....sangat suka tgk muka baby ni...suci bersih...very2 like it....<3


Sunday, December 9, 2012

LULUS Okey....

Assalamualaikum,

Wknd yang amat penat dan meletihkan....4 info, semalam kami telah dapat markah bagi peperiksaan pertengahan bagi sub Matematik Ekonomi dan Perniagaan...Keputusan = Lulus.....hahahhaa.....kepada kawan-kawan yang telah dapat markah cemerlang tahniah diucapkan...yang laen jgn putus asa ok...kita cuba lagi untuk final....walaupun agak ssh...hehehhe....kne rajin buat stdy group....n then malam tadi me n k.yu telah present bagi sub. Aplikasi Komputer...sangat bezt cuz penonton kami hanya 7 orang termasuk Dr.....sangat seronok cuz dh setel semua menda utk minggu ni....

Wednesday, December 5, 2012

Perkembangan Janin Usia 4 Bulan


Assalamualaikum semua...

Perkembangan Janin Minggu ke-13
Retina, kornea, iris (selaput pelangi), serta lensa mata sudah dapat berfungsi. Janin mengedipkan mata dan peka terhadap cahaya. Tumbuh kembang janin didukung oleh plasenta, yang menghubungkan antara ibu dan janin dalam hal makanan, pembuangan sisa metabolisme, serta menyaring zat-zat berbahaya. Kulit, otot dan anggota tubuhnya telah terbentuk dan berada pada posisinya. Pada minggu ini, janin telah mampu merasakan detak jantung ibunya. Panjang bayi sekitar 7,5cm dengan trakea, paru-paru, perut, hati, pankreas, dan usus berkembang ke fungsi terakhir. Pita suara mulai terbentuk, dan tunas gigi muncul  dengan 20 gigi bayi. pada minggu ini jari tangan dan telapak kaki mulai terlihat.
 
Perkembangan Janin Minggu ke-14
Telinga janin menempati posisi normal di sisi kiri dan kanan kepala. Demikian pula mata mengarah ke posisi sebenarnya. Leher pun terus memanjang sementara dagu tak lagi menyatu ke dada. Sedangkan alat-alat kelamin bagian luar juga berkembang lebih nyata, sehingga pada minggu ini organ intim bayi sudah dapat di bedakan antara laki dan perempuan. Denyut jantung janin berdetak kuat (detak jantung hampir 2 kali lebih cepat daripada anda) dan anda dapat mendengarkannya saat pemeriksaan dengan dokter anda. karena sudah memberi respons terhadap dunia di luar rahim ibu, janin mungkin akan bergerak bila anda mengusap perut, tapi mungkin anda masih belum dapat merasakannya. 

Perkembangan Janin Minggu ke-15
Bayi sudah mulai dapat mendengarkan ibunya, mendengarkan denyut jantung, suara perut, dan juga suara anda. Sekarang bayi sudah mulai mempunyai rambut di kepalanya, juga bulu mata dan alis. ukurannya sekarang sekitar 114 gram dengan panjang sekitar 15 cm. Kehamilan makin terlihat, hingga demi kenyamanan si ibu maupun janinnya, amat dianjurkan mulai mengenakan baju hamil. Sebab, kulit dan otot-otot, terutama di sekitar perut akan melar karena mengalami peregangan luar biasa guna mengakomodasi pembesaran rahim. Garis-garis regangan yang disebut striae umumnya muncul di daerah perut, payudara, bokong dan panggul.

Perkembangan Janin Minggu ke-16
Panjang janin bertambah dengan sangat cepat dan gerakan-gerakannya lebih kuat. Ibu dapat merasakan gerakan-gerakan janinnya dengan meraba perut. Rambut halus tumbuh diseluruh dipermukaan tubuh janin, yang disebut lanugo. Plasenta terbentuk dan berfungsi sepenuhnya. Panjang janin saat ini 16 cm dan beratnya 135 gram. Jika melakukan USG saat ini mungkin anda dapat mengetahui jenis kelamin. Otot janinsudah berkembang dan menjadi kuat. Gerakannya semakin aktif. Ia sudah mulai menghisap ibu jarinya, menguap, merenggangkan tubuhnya, sudah menelan kencing, dan cegukan. Pada minggu ini jika sinar terang di letakkan di perut anda, bayi akan menggerakan tangan ke arah matanya. Sistem pencernaan janin pun mulai menjalankan fungsinya. Dalam waktu 24 jam janin menelan air ketuban sekitar 450-500 ml. Hati yang berfungsi membentuk darah, melakukan metabolisme hemoglobin dan bilirubin, lalu mengubahnya jadi biliverdin yang disalurkan ke usus sebagai bahan sisa metabolisme.


Monday, December 3, 2012

Oh My Matematik

Assalamualaikum semua.....

untuk makluman semua....pada hari Ahad (2 Dis) jam 3 petang, kami telah menduduki satu ujian yang amat besar...iaitu ujian matematik ekonomi dan perniagaan...soalan nya tersangat lah susah......hahahhaa.....tp, bagi yang hari-hari buat exercise tue diorang boley jawab la kan...but, for me...hanya mampu tersenyum....bak kata hubby....ALLAH S.W.T bersama kite...jangan takoot....tenkiu so much hubby atas kata-kata nasihat yang sangat berguna itu....the problem is, si isteri hanya study sedikit sahaja....ini berikutan kerana si isteri seorng yang malas...hehehe....bkn malas la....mne boleh malas2.....isteri sangat bzi dengan tugas-tugas lain yang x dapat dielakkan....so, nk buat cm ne....aku tenyeh jela kertas ujian tue.....mne yang boley jawab....aku jawab...yang xboley tue....harap maklum.....tp, perasaan x dpt jwb ujian ni laen mcm sikit dengan time amek diploma dulu.....dulu tyme dip, kuiz pown dh rse mcm final.....sanggup stdy cmpai 2 3 pagi...skg ni knape eyhh jd xde perasaan.....perasaaan takoot x lulus jek...hehehe...study nyer idok....kesimpulannya, sebagai manusia kiter haruslah berusaha kalau nak berjaya....jangan doa jek.....usaha xda...xdpt pape jgk...kepada kwn2...semoga kiter semua lulus cemerlang utk sem ni..AMIN.... kpda suami pula....jgn putus2 memberi semangat kepada isterimu yang comel ini...sekian..


Thursday, November 29, 2012

Panduan Pemakanan Untuk Ibu Mengandung


Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.


                                Mengapa pemakanan sihat penting semasa mengandung
Pernahkah anda terfikir mengapa berat badan anda bertambah 10-15 kg (secara purata) semasa anda mengandung sedangkan berat bayi yang baru lahir hanya ¼ daripada itu? Walau pun ianya berbeza bagi setiap individu wanita yang mengandung, faktor-faktor di bawah menyumbang kepada pertambahan berat badan:
  • Berat bayi : 2.5 - 3 kg
  • Penyimpanan protein, lemak dan nutrien lain yang berlebihan : 2.75 - 3 kg
  • Penambahan darah : 1.5 – 2 kg
  • Penambahan cecair badan yang lain : 1.5 - 2kg
  • Pembesaran payudara : 0.75 – 1 kg
  • Pembesaran uterus (rahim) : 0.75 – 1 kg
  • Cecair amniotik (air ketuban) : 0.75 – 1 kg
  • Plasenta (uri) : 0.5 – 0.75 kg
Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.
Makanan semasa mengandung
Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.
Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.
Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
  • Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
  • Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  • Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
  • Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.
Piramid makanan
Piramid Makanan
Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)
Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.
Perkara yang perlu diambil berat semasa membeli makanan
Makanan basah seperti ikan, ayam dan daging harus dibeli segar dan dijamin kebersihannya. Pastikan sayur-sayuran dan buah juga segar dan tidak mengandungi pestisid (kebiasaannya, sayur berlubang dimakan ulat atau serangga tiada pestisid). Bagi makanan yang dibungkus atau dalam tin, baca label makanan yang menunjukkan kandungan nutrisi dan kalori makanan tersebut. Terdapat juga label makanan yang memberikan cadangan hidangan yang bersesuaian bagi diet seharian. Apabila anda mengandung, cadangan hidangan bersesuaian juga sebenarnya bertambah seiring dengan keperluan untuk penambahan kalori. Periksa label makanan sebelum membelinya supaya makanan tersebut dapat dipastikan:
  • HALAL kerana makanan akan menjadi darah daging anda dan bayi
  • Berkhasiat untuk kesihatan anda dan bayi
Perhatikan juga tarikh lupus (expiry date) makanan dan pastikan pembungkus / tin makanan dalam keadaan sempurna (tiada kebocoran, tercemar, kemek). Walau pun nampak remeh, tetapi ia sebenarnya penting kerana makanan yang tercemar atau sudah lupus tarikhnya boleh menyebabkan anda keracunan makanan sekaligus boleh memudaratkan kesihatan bayi anda.
Bagaimana anda tahu yang pemakanan anda sihat semasa mengandung
Kunci utamanya ialah dengan mempelbagaikan pengambilan makanan dalam kumpulan yang berbeza-beza (seperti yang dicadangkan di atas) dengan jumlah yang mencukupi. Jangan risau jika anda mengalami alahan yang teruk dan tiada selera makan pada trimester pertama. Keadaan ini tidak akan memberikan impak yang besar kepada bayi anda kerana bayi akan mendapat nutrisi terdahulu daripada anda sebaik sahaja anda makan. Bagi yang mengalami alahan yang mencapai trimester kedua sehingga bersalin, pastikan anda tetap makan makanan berkhasiat- biar sedikit tetapi kerap. Walau pun penambahan berat badan ideal semasa mengandung yang dicadangkan ialah 10-15 kg (kebiasaannya 1.5 – 2.5 kg pada trimester pertama dan 0.25 - 0.5 kg / minggu pada trimester ke -2 dan 3), jangan hadkan diri anda. Sebaliknya, fokus pada pemakanan yang sihat dan seimbang untuk memastikan anda dan bayi sihat.

Tuesday, November 27, 2012

Midterm Coming

Assalamualaikum semua.....

OMG....2/12/2012 kami ada midterm utk sub. maths....semua orang dah kelam kibut nk kena study maths.....ciap ada yg nk ambil cuti study hanya gara-gara midterm......hebat la diorang ni....walaupun bizi kat opis,umah n anak2 tapi tetap semangat untuk meneruskan perjuangan....sangat kuat kawan-kawan saya..moga kita semua beroleh kejayaan...AMIN...sokongan suami tercinta amatlah dihargai....malam2 paksa isteri buat maths...sgt sweettttt......


Tuesday, November 6, 2012

Knowledge Sharing Is Caring


Assalamualaikum Semua,

Beberapa tahun terakhir ini, kajian ada menyatakan bahawa berjalan tergopoh-gopoh dan bukan jalan santai memang memberi banyak manfaat bagi kesihatan kita. Inilah  manfaat yang dapat diperoleh dari aktiviti jalan kaki:-
1. Tiada Serangan Jantung.
2. Berat badan stabil.

3. Menurunkan berat badan.
4. Mencegah kencing manis.
5. Mencegah osteoporosis.
6. Meredakan masalah lutut.


Sunday, November 4, 2012

UKM

Assalamualaikum.....

Hai everyone....sekarang ni weknd jer buzy sikit.....4 info...saya dengan bangga nya telah menjadi seorang mahasiswa di UKM....agak poyo di situ...orang lain pon belajar jugak kan...tp, saya ialah seorang pelajar yang bekerja,seorang isteri yang sangat cantik(perasan) dan seorang yang bakal menjadi ibu...hehehe...moga ALLAH sentiasa membantu saya dan kawan-kawan seperjuangan...AMIN..

Thank you very2 much to my lovely hubby yang always support wife dia yang kiut nih... i love you dunia akhirat.


Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”